Tuesday, September 20, 2011

I'm a final year student

Assalamualaikum wbt.

Masa begitu pantas berlalu bagi aku.Sedar xsedar, aku dah masuk
semester ke 7 kat UMP ni.So, sekarang ni aku final year student.
Dah jadi super senior la.Minggu ni, xada la bz mane pon.Tapi, aku dah pilih
lecturer dan tajuk FYP (final year project). Nama supervisor aku
En. Ridwan Ghazali dan tajuk FYP aku DEVELOPMENT OF ELECTRODYNAMICS
TRANSDUCER IN SOLID PARTICULAR MEASUREMENT.
Kenapa aku pilih dia dan tajuk ni?Setelah jumpa dia, aku rasa dia seorang yang
easy going, peramah.dan yang paling penting dia dah tetapkan aku mesti jumpa dia
every week.Aku memang yang jenis kena push untuk buat kerja.So, thats why aku
pilih dia.Barulah kerja aku xkan terbengkalai.Aku mengharapkan, keputusan yang
baik.

Semangat aku untuk belajar memang berkobar-kobar sekarang ini.Biasa la kan, awal-
awal sem.Semangat mesti lebih.Aku harap akan berterusan sampai the end of this semester
la.I have him who always beside me.Xde sebab untuk aku tidak belajar bersungguh-
sungguh kan?Aku juga ada target yang perlu aku capai, sebab aku dah decide apa yang
aku nak buat after graduation.Cakap pakai air liur memang senang,nak buat tu agak
susah.Perkara yang aku ralat kat UMP ni, air selalu xde dan internet sangat slow
macam kambing.Mungkin kambing lagi laju kot .Setakat nie je aku merapu.

p/s: all the best to me.XOXO

Sunday, June 26, 2011

I'm the worst

Assalamualaikum wbt...

Berakhir sudah MASUM 2011.Tapi aku xenjoy all the games yang aku main.
Aku playr paling teruk dan selalu kena marah.Ayat yang selalu aku dengar dari
coach "kecik,kenapa x agresif?Biasa, bola orang pun ko kejar gak."
Sorry coach, saya sendiri pun xde jawapan untuk itu semua.Coach team laki,manager, semua
cakap macam tue.Ahli team aku.Satu-satunya jawapan yang aku dapat bagi kat mereka,
aku xtaw wat happens to me.Aku rasa lost time game.Posisi mana aku patut stay pun aku
dah pening.Aku cuma tunggu arahan dari coach je.Aku macam budak yang baru,
kenal apa itu volleyball.Aku sangat kecewa dengan diri aku.

Sunday, June 19, 2011

UPM here I come

Assalamualaikum wbt...

Dah 2 hari aku berada kat UPM.Tadi aku baru balik dari testing court.
Alhamdulillah, aku termasuk dalam 1st six,even dah lama aku tinggal dunia
volleyball dan aku hanya training dua hari je.Tetapi, peha aku kembali sakit.
Same Seperti dulu2.Aku xboleh speed sangat time main.Aku harap, sakit 2
xkan terasa utime game esok.Esok, 1st game aku pukul 11 am.UMP akan bertemu
dengan UTHM.Kalau mengikut rekod pertemuan sebelum ini, UMP xpernah
dikalahkan lagi oleh UTHM.Dan aku harap, esok pun begitu jugak.

Aku jumpa team mate aku yang sama2 wakil kelantan dulu(itu pun nak mention kan)
time zaman sekolah rendah.Dah lama aku xjumpa dia.Naseb muka dia still sama macam
dulu.Asfalini namanya.Junior2 laki aku dah pandai panggil aku kecik gak.
Padahal badan aku xde la kecik mane pun.Buat malu je lau orang lain dengar.






p/s:need to go.bye.

Thursday, June 2, 2011

wiring dah settle

Assalamualaikum wbt...

Project yang aku kena buat dah settle.Tapi aku xtaw la function ke x bila run nanti.
Aku dah banyak kali troubleshoot,check mana-mana yang xpatut.Tapi aku xsure sangat
connection dekat relay.Aku harap everything ok.Kalau x,memang mati la aku nak check balik.
Kalau korang tengok ni pun, korang xsanggup nak tolong aku troubleshoot (aku xsure ejaan aku
betul ke x.malas nak check).Aku tengah menunggu masa nak balik je ni.

nie yang aku kena buat kat panel.see, sangat berserabut kan?

yang ni kat PLC.Gambar xclear.(camera murah)

nie gambar PLC dari depan.


Cuma tue je projek yang aku buat masa sekarang.Masa untuk aku pulang.Byee.....

Monday, May 30, 2011

Assalamualaikum wbt....

Hari nie, aku dah mengadap En.Hasmadi.Dia bukan supervisor aku.Tetapi dia macam bertanggiungjawab untuk tahu perkembangan aku kat sini.Mungkin dia banyak pengalaman kat sini dan dia adalah supervisor bahagian electrical.Siyesly, aku takut dengan dia sebab dia memang xpernah senyum pun.Dengan body ala-ala Afdhlin Shauki + muka ketat, lagi buat aku cuak hinggakan aku termimpi-mimpi pasal dia semalam.

Nasib  baik hari ini, aku xde kena hentam macam minggu lepas.Even ilmu aku, masih xpenuh di dada, dapat la juga aku menjawab soalannya.Dia cuma bagi aku 1/10 je dari jwapan-jawapan yang aku bagi.Kadang-kadang tue, aku jawab je dengan confident even aku xde idea nak jawab soalan-soalan dia.Lagipun, dia nak tengok communication skill aku macam mana.Saat-saat yang ngeri dah berlalu bagi aku.Next week aku kena jumpa dia lagi.Dia sangat cool tadi.I like...Dia pun dah boleh gelak-gelak time aku jawab soalan dia.

Hari nie, seperti biasa, aku kena siapkan project yang dia orang bagi.Sebelum nie, aku main buat je bila lecterur bagi schematic diagram.Kat sini aku dah ringan mulut nak tanya-tanya.Tapi, satu benda aku xboleh terima bila PLC adalah sama macam relay.Aku rasa confuse sesangat.Before this, aku cuma taw PLC adalah buat program.Betapa xamek pedulinya aku time study.Kadang-kadang, rasa malu dekat pekerja-pekerja kat sini.Dia orang lagi banyak ilmu dari aku kot.

Ada seorang mamat ni cakap kat aku "ko bakal golongan profesional, sepatutnya ko taw lagi banyak benda dari aku.Aku sekolah xde la tinggi macam ko".Time tue, aku memang rasa sangat kelu untuk berkata-kata.I'm speechless.Betul cakap En.Nik (lecterur micro-c), budak-budak sekarang ilmu penuh di folder bukan di dada.So, aku masti work more-more hard kat sini.Nanti, xde la aku malu.Niat aku sebelum ni untuk enjoy datang pactical perlu aku betulkan.Untuk kawan-kawan aku yang tengah Practical, moh la kita betulkan niat ye.

Friday, May 27, 2011

Playing back volleyball for MASUM

Assalamualaikum wbt...

Sebelum nie, aku dah decide xnak main vollley ball untill lepas study.
But, janji tinggal janji.Today, I'm officially be a volleyball player again.
Tahun nie, gane volleyball kat UPM Serdang.Dekat je.
Aku xkan asuk latihan pusat seperti sebelum nie.Cukup la aku join training malam je.
Tapi aku xkan pergi selalu la.Balok ke Gambang sangat jauh bagi aku.
Dalam aku bersetuju main balik, aku still rasa bersalah kat dia.
A lot of sorry to him.

Tuesday, May 24, 2011

Akibat praktikal di kilang.

Assalamualaikum wbt...

Hari ni genap 9 hari aku berLI dan aku xpernah lagi datang lewat.Berdisiplin kan aku.Tapi, aku ni hanya insan biasa jugak.Sempat la jugak mengulor time nak pergi solat tu.Lepak-lepak sikit dalam surau.Termenung sana,termenung sini.taw.Dalam entry sebelom nie, aku ade bagi taw yang kat sini most ofmem workers here males.Bak kata P.Ramlee, kadang2,jarang je nak nampak perempuan dan aku adalah perempuan practical pertama yang masuk department electric.Bangga lak rasa.

Dan dua benda nie aku perasan sejak practical kat sini:
 1)Aku terpaksa jalan laju-laju untuk menyaingi langkah-langkah mereka semua.xkira lah time aku kena pergi plant ke, nak g makan ke.Aku dah xboleh nak jalan irama melayu asli.Sudah hilang keayuan aku selama ini.
2)Time makan,aku terpaksa makan cepat2.Sebab dia orang makan sangat laju.Untuk mengekalkan adat budaya melayu yang makan dengan sopan santun,aku tapau la makanan, makan kat office.

Aku nk tunjuk-tunjuk sikit benda-benda yang aku tengok-tengok hari nie.Tue, adalah RCCB.Selepas dihentam oleh seorang senior,aku amek inisiatif untuk belajar betul2.Dia cakap,
INILAH MELAYU,MENUNGGU DIBAGI KERJA,BUKAN NAK BUAT SENDIRI,APA YANG PERLU BELAJAR.XFAHAM DATANG TANYA.ITU CARA YANG BETUL UNTUK MENDAPAT ILMU.
Aku jugak ada ergi tolong dia orang buat wiring untuk sensor.Aku usha-usha cara sambungan,cuba faham dan aku gembira sebab faham.Aku harap, aku akan terus tabah berada di sini.

Monday, May 16, 2011

First Day di Bredero Shaw

Assalamualaikum wbt..

Hari ni first day aku lapor diri untuk Industrial Training.Padanya mulanya, memang agak cuak cause ramai sangat pekerja-pekerja lelaki.Jarang-jarang je ada perempuan.Aku di tempatkan di Electrical Department.Hanya aku satu-satunya perempuan di department dan manager aku adalah mat saleh.Bukan nama dia mat saleh, tapi memang pure mat saleh.Nama dia Tony Munilla.Tak muda dan xtua sangat.Lau nak minta dia tarik kabel yang besar tu, dia mampu lagi kot.En.Tony tu, aku gak dia seorang yang baik.

Aku dibawa melawat ke plant-plant.Seriuosly, sangat panas even cuaca kat sini mendung je.Sebelum tue, aku diberi jaket, safety helmet, speck keselamatan.Untuk safety boot xde size aku.Jacket yng aku dapat pun memang agak besar la.Selepas berjalan ke sana ke mari berjam-jam lamanya,sampai kaki aku dah nak tercabut, barulah habis melawat kilang nie.Memang besar la kilang nie.

Sebenanrnya, aku akan terlibat dengan design-design plant untuk electrical.Maknanya, aku kena guna kepakaran aku sebagai enginner yang x diiktiraf, untuk mengeluarkan idea-ideaa yang bernas la kononnya.Padahal satu apa pun aku xtaw.Maklum la ilmu banyak dalam folder, bukan dalam dada.Time dia explain tadi pun, aku banyak terangguk-angguk.Dan jawapan yang selalu aku jawab, dah lupa.Esok, aku akan start join project dengan dia orang.

Dengan En.Tony aku terpaksa speaking.Nasib la En.Tony faham BI aku, even tunggang langgang.Dia sangat cool.Sebab dia assume aku datnag sini untuk belajar,bukan untuk berkongsi ilmu.Pada anggapan aku la.Aku buat practical 12 jam sehari, sebab senang transport.First day ni, aku dibenarkan lepak-lepak dulu.Aku dapat online nie pun, sebab ada encik yang baik hati bagi aku pinjam laptop dia.Esok dah xboleeh relax dah.Mereka cakap akan ada banyak kerja nanti.Tapi, xboleh nak on9 facebook.Sebab Bredero Shaw block FB kat sini.

Aku harap, aku akan baik-baik sahaja di sini.Mudah-mudahan aku dapat A.Selain tue, aku harap dapat menambahkan lagi skill communication aku in English nie.Lupa nak cakap.Aku kerja kat office je.Bila kena install new plant baru aku akan turun ke site.Time tue, kalau En.Tony xkesian kat aku, memang aku akan kena tarik cable yang tebal tue.

Thursday, May 5, 2011

Multimedia Technology & Applications

Assalamualaikum wbt...

Tajuk kat atas adalah, paper last aku untuk semester 6 nie.Tapi, satu apa pun yang aku study, langsung xmasuk kat kepala otak aku nie.Aku pun xfaham kenapa aku perlu ambik subjek nie.Kalau ikut logik, aku kan student electric dan subjek multimedia lebih kepada subjek untuk budak yang ambik sains computer,Xfaham aku.Dah la aku nie jenis xminat benda-benda macam nie.Banyak fakta dan benda-benda baru yang perlu aku faham dan hafal.

Seriously aku langsung xminat.Xtau la macam mana aku nak hadapi hari esok dengan dalam kepala aku, apa pun xde.Aku sangat stress dengan subjek nie.Hati aku still xboleh terima kenapa aku perlu belajar subjek nie.Buat pengetahuan semua, batch aku adalah batch pertama yang kena ambik final exam untuk subjek nie.Soalan-soalan past of course la xde untuk dibuat guide.Macam mana bentuk rupa soalan pun aku xdapat imagine.Project dah buat,sepatutnya xde la final.

Aku dok membebel kat sini pun,kenyataan tetap kenyataan. Aku still kena ambil exam nie untuk petang esok.Bukan dekan or pihak universiti baca pun bebelan aku kat sini.Tapi aku still nak cakap aku xpuas hati dengan subjek nie.Aku harap lecturer aku baik hati.Semoga dia bagi markah yang tinggi kat aku dengan kawan-kawan.Dah puas membebel..Aku nak sambung study lak.Even bukan sepenuh dan seikhlas hati pun.


Monday, May 2, 2011

microprocessor & Electric circuit I

Assalamualaikum wbt,....

Dalam bz nak final, tangan aku still gatal nak menaip kat blog nie.Untuk release tension la konon.Esok aku akan hadapi 2 paper pada hari dan waktu yang sama.Disebabkan jadual exam aku clash, aku akn dikuarantinkan selepas exam Micro-C.Aku poun xtaw macam mana bentuk kuarantin tu.Ini pengalaman pertama aku.Aku paling cuak nak exam Micro-C sebab aku fail dalam bab-bab buat program.Dah namanya student, nak xnak aku kena belajar sampai faham dan sampai boleh jawab.Aku mendoakan esok adalah my lucky day.Aku juga harapkan,ingatan aku xbuat hal esok.Jangan tetiba aku lupa apa yang aku study.Encik2 dan puan syaitan, sila jangan ganggu aku esok dan semoga aku dalam keberkatan-NYA..

Aku juga doakan yang terbaik untuk kawan-kawan aku.Semoga kita semua akan lulus.Subject Micro-C, bila fail semester ni, confirm akan kena extend.Aku harap semua tu xkan terjadi kepada aku dan kawan-kawan aku.Good luck untuk semua ye.


Saturday, April 30, 2011

bila dia datang

Assalamualaikum wbt...

Sekarang aku sangat bz dengan final.Aku still ada 4 paper lagi.Tapi dalam kesibukan aku menghadapi final, sempat la juga aku keluar berdating dengan en.Boyfie...Aku xnak update banyak pon..Tapi,last sekali aku buat double date syak.Dia dengan kawannya dan aku dgn En.boyfie.


nie lah En.boyfie yg selalu budget macho



kaki aku nampak panjang dah slim.tp kenyataan tidak..camera trick

Masa berfoya-foya dah habis.Nak fokus final lak.study sampai lebam.

Saturday, April 16, 2011

My dream end!!

Assalamualaikum wbt..

Suatu ketika dulu aku amat yakin dan terus tanamkan keyakinan tu.But then I just realized I should:



Aku rasa itu pilihan terbaik yang aku ada daripada aku:



Sometimes, apa yang kita nak,kita mahu,xsemestinya kita akan dapat.Terimalah kenyataan dan jangan bersedih lagi.No more tears or pain will come.I promise.

Friday, April 15, 2011

Today is my day

Assalamualaikum wbt...

Hari nie aku dapat test 2 Principles of Communication System.Alhamdulillah, result aku ok.Dan orang pertama yang aku cari adalah ma aku untuk inform pasal result aku.Aku taw dia pun mesti sangat gembira dengan apa yang aku dapat.Sebagai anak, aku dah jarang sharing pasal result aku dengan ma aku.Bukan aku dah xanggap ma aku sebagai kawan terbaik aku.Tapi, aku segan dengan ma sebbab result aku dah xmacam dulu.Aku xnak dia sedih bila taw result aku.

Bila result sku ok, aku akan sharing dengan ma aku.Disebabkan result PCOM, aku lebih bersemangat untuk menghadapi final nanti..Thanks a lot to her cause always pray for my success.Doa ibu adalah segalanya.So, korang jangan segan silu nak mintak mak2 korang doakan untuk korang dan buat sembahyang hajat.

Esok,sudah bermula study week untuk uni aku.This sem, study week aku 2 weeks.Tapi final aku, xbanyak pun gap.Aku janji dengan diri aku yang aku akn gunakan masa dengan sepenuhnya sepanjang study week nie.Kegembiraan parent aku adalah kegembiraan mereka jugak

I am a birthday girl

Assalamualaikum wbt...

Terima kasih banyak-banyak kat kawan yang wish face to face, via phone or via facebook.Aku hargai sangat-sangat.Sebagai tanda penghargaan aku,setiaap komen mereka aku balas, even banyak mana pun.Thanks a lot tau.Aku memang jenis sensitif ok.Maksud aku sensitif kat sini, mudah nak nangis.Time bufday aku, Syazreen datang untuk wish, belum sempat dia nak wish,mata aku dah ber-air..Aku touching kot.Aku pun nak minta maaf gak dengan dia.Dia pun mungkin ada banyak terasa dengan aku kot.Dan ini aku dapat dari Reen:



Aku juga dapat hadiah dari Dee..Dia datang bilik aku sambil nyanyi lagu birthday dalam versi korea.Sebab kami adalah peminat cerita korea.See, apa yang aku dapat dari Dee:



Sempena birthday aku jugak, seorang senior belanja aku lucnh.Thanks kak Yan.Disebabkan dia juga, aku dapat ini dari pak cik cafe.Sila tengok gambar kat bawah:


Thanks again untuk korang semua.Memang best kawan dengan korang.Love you all...

Thursday, April 14, 2011

sweet 22 to me!!

Assalamualaikum wbt..

Dalam kesibukan aku menyiapkan assingnment yang bertimbun, aku still nak update juga blog ni sempena hari ulang tahun kelahiran aku yang ke 22.Sedar x sedar, aku dah berumur 22. Aky rasa masa berlalu sangat pantas.Aku sangat gembira untuk birthday kali nie.Thanks a ot untuk mereka-mereka yang wish kat aku. So, weekend nie aku nak awardkan diri aku dengan bergembira.


 Happy bufday untuk diri aku. Aku harap, diri aku akan lebih baik dari tahun sebelum nie dan agar aku lebih matang dalam menghadapi ujian hidup di muka bumi ini.

Saturday, April 9, 2011

Try my best to make it.

Assalamualaikum wbt..

This coming Friday, aku perlu submit project multimedia technology application.Ini merupakan tugasan group, dan setiap group diberikan task yang berbeza,Group aku telah memilih untuk membuat website.Selepas aku tengok-tengok cara untuk membuat website, aku rasa senang.But, yang menjadi big problem sekarang nie,while aku install XAMPP window 32 1.7.4, ada error kat file apache 2.2. aku.Yang lain berjaya install.Akibat xberjaya install file apache 2.2, kat XAMPP control panel application aku ada problem kat apache 2.2, di mana dia xrunning even dah berpuluh kali aku start dan refresh.Sangat frust,dan aku dah cuba dari semalam.Aku xboleh nak proceed ke step seterusnya.Hanya MySql aku je yang running.Apa yang aku dapat information, untuk install benda-benda yang perlu buat website yang big problem actually.After success install, untuk buat website adalah senang.Aku try cari untuk yang xamm window 32 1.7.3.Unfortunately, hanya ada installer yang latest je.


Itulah yang berlaku after aku install.Apache aku still xrunning.Aku xtaw kenapa perlu ada error kat port 80 443.Aku xkan give dengan mudah.

Friday, April 8, 2011

Assigmnet + project

Assalamualaikum wbt..

Next week minggu yang paling sibuk bagi aku.Assignment,project dan test.Boleh buat aku tinggal nyawa-nyawa ikan bila tengok kerja yang bertimbun-timbun. Nama lagi student, ditambah dengan final exam yang semakin dekat.Lagi la banyak kerja yang perlu disettlekan.



Monday        - test 2 electric circuit I
Tuesday       - submit assignment CWorks
                     -test 2 Maintenance technology (ni xsure sangat)
Wednesday -presentation P.of Communication
Thursday    -Demo stage 4  project Micro-C
                   -submit report project Micro-C
                   -test 2 Multimedia techno.application
Friday       -submit report P.of communication (telephone system)
                  -present project website

So, next week minggu yang akan membuatkan aku xcukup tidur dan bersenang lenang di bilik.


Inilah hakikat seorang student.Buku dan pelajar xboleh dipisahkan.Aku perlu berjuang habisan-habisan this week..Tired already.hmmmm....



Thursday, April 7, 2011

Pengubat hati selepas test

Assalamualaikum wbt...

Test untuk minggu nie dah berakhir.A little bit upset sebab aku xdapt buat untuk test MICROCONTROLLER.Aku xtau la kenapa kepala otak aku xboleh terima programming.Harap-harap aku xkena repeat semester depan.Aminnnnnnn....Alhamdulillah untuk paper PRINCIPLE OF COMMUNICATION SYSTEMS.I'm looking forward for best mark.

Kat bawah ni korang mesti kenal kan, CHOI SI WON.Ala, lelaki handsome dalam super junior.Aki fall in love gila dengan dia.See, bila dia smile,boleh buat hati perempuan aku cair secairnya.Bertuahnya badan kalau dia suka aku juga.Benda mustahil yang akan berlaku.Selepas berhempas pulas dengan test, aku nk relax dengan layan cerita athenna.Dialah heronya.Athenna bukan love story, tapi aku nak tengok juga sebab mamat nie ada.



Cuba tengok dia senyum tu, rasa berdebar kan tengok.Memang super dupper handsome this guy.Kalau sesiapa layan variety show running man, ada satu episode yang SI WON datang jadi guest.Time game tu, muka dia bahagia betul bila nampak barang permainan.Dengan gaya yang selamba, lagi la terserlah kehandseman dia.Aku xtipu pun.Cuba korang tengok ni.

Kat bawah nie, gambar dia dalam cerita athenna.Mesti lagi cool kan dia.Agak-agak korang dia nak x jadi suami aku kalau aku lamar dia??Of cos la aku lamar dia dalam bahasa korea.hahahahha


Malam ni je aku nak lepak-lepak sikit.Esok aku janji nak study dan settelkan semua assingment aku.

Tuesday, April 5, 2011

Alhamdulillah, masih ada rezeki

Assalamualaikum wbt....

Lebih kurang pukul 8 lebih, warden + mak guard yang kerek, dan pak guard-pak guard naik bilik untuk checking.Mati-mati aku ingat mereka nak checking barang haram.Memang aku agak gelabah la sebab bilik ni ada rice cooker.Cepat-cepat aku sorokkan,tapi xde la selamat sangat pun.Sebab dia orang main terjah je.Dalam locker aku memang dia check betul-betul punya.Siap tempat-tempat peribadi pun di check.Dah macam nak check kebersihan locker pun ada aku tengok. Lepas tu aku baru tahu yang mereka checking barang yang hilang iaitu laptop.Patut la teliti betul dia check bilik aku sebab kehilangan tu berlaku depan bilik aku.Kiranya, bilik aku ni orang yang paling berpotensi mencuri la.

Then,aku pergi la borak-borak dengan tuan yang laptop hilang.Dan aku realize yang pagi tadi, keadaan laptop aku pelik.Aku ingat lagi, before aku tidur aku tutup laptop pun.Bila aku bangun pagi, power supply disconnect dari laptop.Cable pun sama juga. Tapi laptop aku, xde bateri.So, aku assume si pencuri xambil sebab xde bateri kot.Sebab laptop budak depan bilik aku pun sama keadaan cam laptop aku.Kecuali budak yang kehilangan laptop tu.Sebab laptop dia ada bateri.Lupa nak cakap..Handphone pun turut dikebas oleh pencuri yang xguna tue.

Pasal laptop aku tu, aku ingat kucing yang langgar pada mulanya.Dalam pukul 5 tu, aku bangun sebab bunyi kucing.Kucing hitam tu, sedang berseronok dalam locker aku.Siap nak muntah-muntah lagi.Nasib aku tido xbrapa nak mati time tu.Kalau x, habis baju-baju aku.Tapi aku bersyukur sebab laptop aku xhilang.Kepada pencuri tu, xguna ko sekolah pandai-pandai tapi buat kerja bodoh ni. Kalau dah xde duit sangat, pinjam dengan kawan-kawan la wei.Xpayah la nak curi-curi.Buatnya budak tu miskin, dia nak ambil kat mana duit nak beli laptop baru.Aku xnak doakan yang bukan-bukan untuk ko.Semoga kau pulangkan balik.tu je.

Ini bukan laptop aku.Hiasan semata-mata.Mana la aku mampu nak beli yang macam ni.Laptop yang aku pakai sekarang ni pun harap parent yang belikan.

Test oh Test

Assalamualaikum wbt...

Bila ada test, masa tidur haruslah dikorbankan kan?Itu baru student.Student yang suka buat kerja last minute.Sama la macam aku yang suka belajar last minute.Dah jadi tabiat yang xelok.Even tahu xelok still amalkan lagi.Memang teruk budak linda ni.Bila test dah dekat, dalam mimpi pun boleh masuk segala rumus yang dah dihafal before tidur tu.

Azam dan segala janji yang dibuat untuk diri sendiri, agar tidak belajar last minute hanya tinggal janji je.Macam aku ni dah pegang prinsip janji perlu dimungkiri.Petang esok aku akan test PRINCIPLE OF COMMUNICATION SYSTEM. Subjek yang perlu aku hafal rumus, ingat-ingat waveform. For your information, bukan dalam bola sepak je ada kelab Manchester, dalam subjek ni pun ada.Tapi xde la United tu. Aku still xhabes cover lagi subjek nie.



Petang lusa aku akan ada test MICROCONTROLLER. Ni subjek yang aku paling takut sebab dia melibatkan programming.Dan otak aku, memang susah nak tangkap benda-benda macam ni.Aku pun xfaham kenapa boleh jadi macam tu, boleh jadi macam nie.Kadang tu aku main hafal je programming.Bila keluar je soalan lain, mula la aku gelabah badak.OK,aku nak solat subuh and sambung study lagi,



p/s : Dengan rasa rendah diri, aku harap korang tolong doakan untuk aku juga ye.

Sunday, April 3, 2011

Male to female

Assalamualaikum wbt....

Ni aku ada tengok satu video, dari mamat nak jadi minah.Memang sebijik jadi macam minah.Aku pun dok terfikir-fikir la, macam mana doktor boleh fikir nak buat pembedahan macam tu.Almaklumla aku budak elektrik.Dunia biologi dah lama aku tinggalkan. Aku yang tengok pun rasa seram sejuk.Yang aku peliknya,mamat ni xrasa takut ke??Elok-elok dah jadi hensem, nak jd cantik lak.

Cube korang tengok video nie...euuuuuwwwwww....



Kadang-kadang, aku akui ada mak nyah yang lagi cun dari kami kaum perempuan nie.Kalau dia orang xbercakap, memang mati-mati kita ingat dia orang perempuan sejati.Bila buka je mulut, suara macam jantan habis.Macho gitu.Bila tengok nyah-nyah yang cun melecun nie. rasa nak pergi tanya je apa dia orang pakai sampai nuka licin gila.Kalah aku yang perempuan tulen nie.

Tapi aku memang xkan pergi ambil risiko la.Mahunya kena lempang dek mak nyah tu.Mak nyah xsuka perempuan tulen ok.Dia akan rasa tercabar.Satu lagi, korang jangan perli-perli mereka.Dengan serta merta dia boleh bertukar jadi jantan macho ok.




outing when blackout

Asslamaulaikum wbt..

Semalam, lebih kurang pukul 6 pm,hostel aku, iaitu UMP pekan blackout hinggalah pukul 8.30 pm still lagi blackout. Tetiba  member aku ajak keluar.Tanpa berfikir panjang aku terus setuju.Dok dalam bilik xboleh buat apa juga.Dahla panas, nyamuk pun banyak.Sempat la aku dapat gigitan cinta dari si nyamuk-nyamuk tu. Aku pakai biasa-biasa je.Shawl and inner pun main pakai je.Maklumla gelap.

Fisrt destinasi,kami keluar ke pekan.Pergi tempat orang jual-jual tu.Aku usha-usha, shawl tapi satu pun aku xbeli.Before nak balik tue, kami stop dekat kedai pak cik yang jual towel-towel.Then kita boleh sulam nama kat atas towel-towel tue.Tengah aku tengok-tengok benda tu, aku terpandang seorang mak cik ni.Aku rasa muka mak cik tu sangat familiar.Aku bedget lecturer Ump.Aku pun dok sibuk-sibik tanya kawan aku.Dia orang semua cakap xkenal.

Then ada sorang girl ni tengah beli towel tue jugak.Aku dengar dia panggil teacher kat mak cik tu.Aku dengan penuh berani dan berkeyakinan terus tanya:

aku: Nie teacher eh??
teacher: Yes,saya teacher.
aku: Sekolah mane ye??
Teacher : SMACH (SM Sains Machang).

Patut la aku macam kenal..Tapi aku xsure sangat nama dia.Macam-macam la teacher tu tanya aku.Ada satu soalan dia tanya, aku xboleh jawab:

teacher:Siapa teacher awak time form 5??
aku: Saya betul-betul lupa teacher..

Aku betul-betul lupa nama teacher yang ajar aku dulu..Nama cikgu lain aku ingat je.Teacher macam xpuas hati je..Sorry  teacher saya xsengaja.Saya bukan srudent yang baik kan?Then, adik junior nak ambil gambr aku dengan teacher.Oh, lupa nak bagitau,teacher aku bawa budak-budak untuk pertandingan english drama.

On the way nak balik ke UMP, kawan-kawan aku ajak ke Kuatan tengok wayang sebab kat hostel still blackout lagi. Kami pergi ke EC Mall dan tengok cerita Sucker Punch.Before masuk panggung, sempat la jugak posing-posing..




sangat selekeh kan?



justin dah bergambar dengan saya.Dia tarik-tarik nak aku bergambar dengan dia.

Sucker punch sangat bosan ok.Aku xnak bagi apa-apa bintang pon.Tapi pendapat orang lain0lain.Bagi aku memang xbest. Betapa aku bosan, tengok movie tu,aku smepat siapkan SUDOKU aku berbekalkan cahaya yang samar-samar.Kmai tiba kat UMP, pukul 3 pagi.

Saturday, April 2, 2011

Bertuahnya jadi orang cantik.

Assalamualaikum..

Bila tengok orang cantik, kat hati aku mesti terdetik

"bertuahnya dia..muka licin, comel lagi..cantik.."

Bukan aku xbersyukur.Tapi, kadang-kadang akan timbul perasaan macam tu.Aku hanya insan biasa.
Tapi memang betul-betul bertuah kalau orang tu cantik.Muka licin je,body pun memang cun habes.Pakai apa pun nampak sesuai je especially orang yang berkulit putih.Pakai la colour ape pun semua nampak ok sangat-sangat.

Aku bukan tergolong dalam golongan  orang yang cantik.Berkulit sawo matang, muka yang xberapa nak licin, dengan badan yang agak berisi,tinggi yang xcukup, memang agak susah untuk aku mencari baju or kasut yang sesuai.Terutama kasut,sebab kaki aku kecik je.Tetapi aku bersyukur, sebab aku masih tidak cacat.

Sebenarnya, aku baru lepas tengok blog-blog orang yang cantik.Dia orang cantik sangat.Nampak sempurna sangat di mata aku.Tapi cantik itu subjektif.Nak upload gmbar xboleh, internet sangat slow.

Friday, April 1, 2011

Impian yang xkesampaian

hello...hello...

Saya pernah bercita-cita untuk further study kat oversea dan impian tu masih ada. Impian saya tinggi melangit,tetapi usahanya habuk pon tarak. Saya hanya boleh salahkan diri sendiri saja.Kadang-kadang rasa malu dengan kawan-kawan yang study bersama time zaman hostel dulu.Mereka semuanya dapat further study ke oversea. Even ada yang xdapat pergi oversea pun, dia ambil medical. Rasa rendah diri sangat-sangat kat ARAH,WANI, and ASMA ZAKERI .


Mereka la teman study saya sewaktu saya belajar di Ahmad Maher. Result PMR kami semua dapat straight A. Then dari situ, kami semua berpisah. Masing-masing  ke sekolah baru kecuali ASMA. Tapi saya the only one yang hanya berada di UMP dan ambil course engeneering. Asma, even xpergi oversea, dia still belajar medical.Sejujurnya, saya rasa rendah diri dengan mereka. Mereka hebat ,sebab mereka rajin berusaha. Tetapi saya,semakin lama semakin malas.Kata-kata untuk berubah hanya di mulut sahaja.

Sampai satu saat, saya rasa macam putus asa. Saya terlalu leka dan berubah.Sudah tidak menjadi ulat buku lagi. Adakalanya, saya rasa berpindah sekolah merupkan kesilapan yang besar.Sepatutnya saya stay di MAHER. Saya bukan menyalahkan sekolah baru saya. Semangat untuk further study ke oversea masih berkobar-kobar. Semoga harapan dan impian saya akan tercapai.  Saya turut mendoakan kejayaan mereka.

jangan gunakan perkataan salam

Asslamualaikum wbt..

Entry ni saya copy paste dari kenalan saya yang berkaitan dengan memberi salam.Mungkin dah ramai yang baca pasal isu salam nie kan.Saya just nak sharing apa yang saya dah baca.



Assalamualaikum, Beberapa hari kebelakangan ini tersebar artikel bertajuk JANGAN GUNAKAN PERKATAAN "SALAM", yang dipanjangkan oleh orang yang berlainan. (Juga di sini)

Mengapa sampai melarang menggunakan perkataan SALAM?

Perkataan SALAM atau AS SALAM tiada salahnya, malah merupakan salah satu Asmaul Husna. Saya tidak tahu siapa penulis asal artikel ini, yang sangat mengelirukan, kerana ramai yang telah copy & paste dan menyebarkannya. Yang pasti ia bukan bersumber dari Ustaz Zawawi, hanya kata-kata beliau digunakan dalam artikel ini.

Terjemahan ayatnya pun tidak lengkap...terus saja dimaksudkan SALAM itu sebagai SELAMAT TINGGAL...lalu diajak semua orang agar JANGAN GUNAKAN PERKATAAN "SALAM". 

Penulisnya menulis: 
JANGAN GUNAKAN PERKATAAN "SALAM"

بِسْــــمِ ﷲِالرَّحْمَنِ الرَّحِيم

اَلسَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُهُ

SIAPA YANG MENGGUNAKAN PERKATAAN "SALAM"? apakah maksud disebaliknya??

Maka berpalinglah (hai Muhammad) dari mereka dan katakanlah:"Salam (selamat tinggal)".

Kelak mereka akan mengetahui (nasib mereka yangburuk). (QS. 43:89)


فَٱصۡفَحۡ عَنۡہُمۡ وَقُلۡ سَلَـٰمٌ۬‌ۚ فَسَوۡفَ يَعۡلَمُونَ

Terjemahan ayat yang lengkap seperti berikut: (Tuhan menjawab rayuannya dengan berfirman): "Jika demikian, maka janganlah engkau (wahai Muhammad) hiraukan mereka, dan katakanlah: ` Selamat tinggallah! ' Kemudian mereka akan mengetahui kelak (akibat keingkarannya)! " (Az-Zukhruf 43:89)

Salam maksudnya selamat, dalam terjemahan ayat ini, "salam" bermaksud ucapan selamat tinggal, namun ia tetap sebagai doa keselamatan bagi mereka, agar di suatu masa mereka yang engkar itu akan sedar. Ini dikategorikan oleh ulama tafsir sebagai salam al-Musalamah/al-Mutarakah; iaitu bermaksud selamat tinggal. Sementara salam bagi orang-orang mukmin disebut sebagai salam at-Tahiyyah; iaitu bermaksud mendoakan keselamatan dan keamanan. 

Mana boleh kita mengajak orang ramai agar jangan guna kalimah salam, sedangkan salam merupakan salah satu asmaul husna, dan banyak ayat-ayat yang menggunakan perkataan salam untuk mengucap takzim kepada para Nabi. Malah perkataan SALAM itu dari Allah SWT. 

سَلَـٰمٌ۬ قَوۡلاً۬ مِّن رَّبٍّ۬ رَّحِيمٍ۬

Salam sejahtera dari Tuhan Yang Maha Mengasihani. (Yaa Siin 36:58) 

Sebagai contoh, saya memetik beberapa ayat Al Quran:

وَإِذَا حُيِّيتُم بِتَحِيَّةٍ۬ فَحَيُّواْ بِأَحۡسَنَ مِنۡہَآ أَوۡ رُدُّوهَآ‌ۗ إِنَّ ٱللَّهَ كَانَ عَلَىٰ كُلِّ شَىۡءٍ حَسِيبًا 

Dan apabila kamu diberikan penghormatan dengan sesuatu ucapan hormat (seperti memberi salam), maka balaslah penghormatan itu dengan yang lebih baik daripadanya, atau balaslah dia (dengan cara yang sama). Sesungguhnya Allah sentiasa menghitung tiap-tiap sesuatu. (An-Nisaa' 4:86)

إِذۡ دَخَلُواْ عَلَيۡهِ فَقَالُواْ سَلَـٰمً۬ا قَالَ إِنَّا مِنكُمۡ وَجِلُونَ

Ketika mereka masuk mendapatkannya lalu memberi salam dengan berkata: "Selamat sejahtera kepadamu!" Ia berkata: "Sesungguhnya kami berasa takut kepada kamu". (Al-Hijr 15:52)

 سَلَـٰمٌ عَلَىٰ نُوحٍ۬ فِى ٱلۡعَـٰلَمِينَ  

"Salam sejahtera kepada Nabi Nuh dalam kalangan penduduk seluruh alam ! " (As-Saaffaat 37:79)

سَلَـٰمٌ عَلَىٰٓ إِبۡرَٲهِيمَ

"Salam sejahtera kepada Nabi Ibrahim!". (As-Saaffaat 37:109)

Penulis-penulis artikel ini menggunakan kenyataan Al Fadhil Ustaz Zawawi sebagai menguatkan hujahnya, sedangkan tiada kaitan perenggan yang pertama dengan kenyataan Ustaz Zawawi, malah menggunakan gambar Ustaz Zawawi lagi...sangat mengelirukan.

Kita sering berselawat dan memberi salam kepada Rasulullah SAW dengan ucapan, 

الصلوة والسلام عليك يا رسول الله، الصلوة والسلام عليك يا حبيب الله


Selawat dan SALAM ke atasmu wahai Rasulullah..
Selawat dan SALAM ke atasmu wahai Kekasih Allah..

Allah SWT memerintahkan kita berselawat dan mengucap SALAM kepada Rasulullah SAW, maksud firman Allah SWT,

إِنَّ ٱللَّهَ وَمَلَـٰٓٮِٕڪَتَهُ ۥ يُصَلُّونَ عَلَى ٱلنَّبِىِّۚ يَـٰٓأَيُّہَا ٱلَّذِينَ ءَامَنُواْ صَلُّواْ عَلَيۡهِ وَسَلِّمُواْ تَسۡلِيمًا

"Sesungguhnya Allah dan malaikatNya berselawat (memberi segala penghormatan dan kebaikan) kepada Nabi (Muhammad SAW); wahai orang-orang yang beriman berselawatlah kamu kepadanya serta ucapkanlah SALAM sejahtera dengan penghormatan yang sepenuhnya. (Al-Ahzaab 33:56)

“Tiga perkara yang boleh mengeratkan persahabatan dengan saudaramu iaitu memberi SALAM apabila bertemu dengannya dan menyediakan tempat duduknya dalam sesuatu majlis serta panggilah ia dengan nama yang paling disenanginya.” [Riwayat Al-Tabrani]

Adakah SALAM di sini bermaksud "SELAMAT TINGGAL"?jadi,renung-renungkanlah dan selamat beramal

Thursday, March 31, 2011

test 2 EMT

hello...hello...

Petang esok,tepat pukul 3 PM,saya ada test 2 EMT...Emt stands for Electromagnetic Fields.Subjek ni merupakan killing paper untuk students electrical.Sangat susah untuk dapat A but sangat senang untuk fail.Bagi yang amat gemarkan subjek yang 100% calculation + perlu hafal rumus yang entah apa-apa,confirm dia orang akan score.Tips nak score,perlulah makan,tidur,mandi dengan subjek ni.

Sebenarnya,kalau kita rajin berusaha,semua benda akan jadi senang.Buktinya, kalau subjek ni betul-betul susah mesti semua orang fail kan???Tapi still ada yang dapat A.Jadi, maknanya kita kena usaha lebih..Sesiapa yang berusaha dan berdoa, ALLAH akan hadiahkan kejayaan buat hamba-NYA...Marilah kita berusaha dengan jayanya..Saya nak offline segala benda, nak fokus pada paper nie.

Tolong doakan agar:

  • hati saya terang untuk terima segala ilmu 
  • saya tidak gabra atau loklaq time test
  • perasaan waswas xde (confident level tinggi)
  • tidak lupa segala rumus yang telah dihafal
Saya nak study.Terima kasih tolong doakan untuk saya.lagi best kalau,time saya tengah test korang baca surah yassin ke..bagi saya dapat jawab dengan tenang..hehehehe...demand la plak..

Engineering student

hello...hello...

Saya adalah student bachelor of electrical & electronic engineering dan berada semester 6 in UMP terchenta.
Saya xpernah pun berangan untuk menjadi engineering student even sangat suka calculation.Cita-cita saya mahu jadi dokor gigi.Nampak cool dan bergaya bila dapat pakai lab coat colour putih. Tetapi,disebabkan kemalasan dan ketidakpandaian saya, xdapat la saya jadi doktor gigi.Saya minat nak jadi dentist,tapi aku geli nak tengok gigi orang tutttttttt..Saya juga pernah berminat nak jadi pilot.Tetapi,ketinggian menghalang Saya..Bukan sebab Saya terlampau tinggi,tapi saya rendah sikit (147.5cm)..Dengan ketinggian saya yang xberapa nak tinggi itu,sangat mustahil untuk saya diterima masuk kan.???

Zaman sekolah rendah,apa itu engineering pun saya xpernah tau.Time matrik baru saya tau apa itu engineering. Mungkin aku dah ditakdirkan untuk jadi engineer electric(electronic). Yang paling saya xsangka, saya akan belajar electrical for 4 years.Sedangkan, saya xpernah berminat langsung topic electrical masa belajar fizik dulu.
First dapat tawaran untuk kemasukan ke U,aku menangis dapat course ni.Silap saya, sebab minta course nie semata-mata nak duduk UMP. 


Now, saya dah mula in love dengan course  nie sebab:

  • 70% adalah calculation.SO,aku xpayah nak menghafal sangat.
  •  saya dah rasa cool dapat bersaing dengan boys.
  • PSM (projek sarjana muda), saya akan dapat buat projek yang best even susah pun.
Berbeza dari dulu, saya sangat bersyukur sebab dapat course nie.Saya berdoa,agar dapat graduate next year,tanpa sangkut kat mana-mana paper.Insyallah aku nak sambung study lagi.Sesiapa yang nak sambung study,saya sarankan minta course ni sebab banyak peluang pekerjaan.Tanpa electrical, kita xboleh bergelap.hehehehe..Tanpa electronic, kita xkan dapat miliki gadget.

p/s :sesiapa yang baca post ni, tolong doakan kejayaan saya juga ya..thanks a lot..

Tuesday, March 29, 2011

kurangnya kasih sayang

hello..hello..
Dah kurang nampaknya kasih sayang dalam diri manusia...kenapa aku cakap macam ni...???
Sebabnya,dah ada sindiket yang jual baby..Bila ada sindiket ni,mestila ada org yang sanggup jual baby tu
demi wang kan...sindiket ini semua xkan ada, jika xde orang jual bayi..Binatang pun tau sayangkan anak..

Xrase rugi ke,yang korang dok mengandung 9 bulan,dok bawa perut tu ke hulu ke hilir...Campur lagi dengan kau punya alahan,nak makan tu,nak makan ni.Orang cakap,kita akan dapat rasa baby tu tendang-tendang time pregnant.(aku xtau,sebab student lagi..hehehehe).xkan la xberputik kasih sayang korang kat baby tu.


cube tengok muka korang time mengandung nie..


Alasan orang yang jual bayi ni ckp: 

-Saya jual bayi,sebab xde duit, kami xmampu nak sara dia.(Cube korang fikir balik,apa perasaan baby tu nanti..dan satu lagi,bila baby tu dah berjaya, baru nak sibuk cari dan mengaku baby tu anak kau kan.)

-Saya mengandung anak luar nikah,nanti kalau family tau habis la saya.Nanti masyarkat pndang serong kat saya.
(tu salah korang bukan baby tu.baby tu berhak dapat kasih sayang parent dia.Bukan baby tu yang salah.)
 
Sebelum buat apa-apa fikir dulu,cuba korang tengok kat mata baby tu.Kalau baby tu boleh bercakap,mesti dia akan cakap kat korang, "dia rela hidup susah janji dapat merasa kasih sayang mama..."cube korang tgk muka baby nie.xtersentuh kah???



 macam ni la keceriaan mereka before korang jual mereka.



p/s: sorry if terkena batang hidung sesiapa.Renung-renungkan lah ya..Aku emo sebab terdengar kat radio pasal jual baby ni.




Monday, March 28, 2011

sharing is caring

Hello..hello..
Ni aku nak sharing macam mana nak atasi perut buncit ataupun xnak bagi perut buncit.Mesti dah banyak korang baca kat mana-mana kan?Tapi, lau baca je,tapi xambil tindakan,keadaan xkan berubah ye kawan-kawan.Fisrt, korang kena rajen buat nie.Mesti buat taw..At least 100 sehari..Nak perut yang cun,mesti la rajin,jangan malas-malas..Buncit itu tidak seksi OK...

Ni pun jangan ambil selalu.Tapi,lau dah teringin sangat ambil je la.Sebab aku pon xboleh hidup tanpa minuman berais:

 

Aku bagi dua tip je.If dua tips nie anda-anda semua berjaya buat dan atasi,anda boleh ucapkan selamat tinggal pada perut buncit anda.Ok dah..Aku nak sambung buat kerja.. ( ^ ^ )

Sunday, March 27, 2011

They make my day


Hello...Hello..
Semalam,ma datang kuantan.I'm totally happy.But, a little bit sad,because abah xdapat datang.But,still in a a hepi mood..Even ma ,Apiq and adik Ina je yang datang.Aku drive alone ke Tangjung Lumpur,to meet my ma there.Sah-sah la aku bukan pergi dengan kerete sendiri.Aku pinjam kerete calssmate aku.Thanks a lot to him.Tanpa dia mesti aku dapt jumpa sekejap je family.

Apa yang best,ma aku bawa barang-barang yang dikirim.Macam datang melawat aku kat hostel time zaman sekolah dulu.Then,sempat lagi aku teman pergi beli tudung-tudung.Dan aku pun terbeli sama tapi tertinggal dalam kereta family aku.xdapat la aku nak bergaya dengan shawl baru.

Before nak balik semula kat ump.seperti biasa la,aku akan sebak.Dah samapi ump,sah-sah la aku akan menangis.

ma aku (orang cakap aku adalah liza junior)-ma aku nama HALIZA-ZAITON


apiq,adik ina and auni(kazen)

First time aku rasa ma aku risau,bila aku terpaksa balik ump sorang-sorang..Malam lak tue..Macam-macam dia pesan..Mungkin aku dah besar panjang kot.Sebab tu dia lagi risau..Dia cakap,lau hantu yang kacau xpe.Kalau manusia yang bahaya..hehehehe..

Friday, March 25, 2011

perasaan bersalah

hello...hello..
Perasaan bersalah datang bertubi-tubi kat aku bila coach call ak..Ini perbualan antara aku dan coach:

coach: kenapa ni linda..Awak ada masalah apa??
aku: tak ada apa2 la coach.saya cuma rasa dah tua.xsesuai main dah.
coach: Lau xnak jadi setter,jadila libero.
aku: Nanti saya bincang dengan famili dulu.

Jangan salah faham.Aku bukan nak bagitau yang aku ni star ke,apa ke...Itu cuma alasan aku untuk menamatkan perbualan aku dengan coach...Persoalannya kenapa??Sebab aku rasa sangat bersalah.Tidak sepatutnya,orang yang jadi coach aku,minta aku main balik.Padahal dia yang bagi ilmu kat aku..Tue semua buat aku rasa bersalah sangat-sangat.

Sebeenarnya,aku nak main sangat-sangat tau.Tapi aku still ada perasaan kecik hati tue.Aku dah main lama volleyball.Since aku sekolah rendah lagi..Orang yang xkenal aku mesti xpercaya kan bila tengok fizikal aku..Aku admit aku agak pendek..Memang xsesuai langsung main bola tanpar..Ini buktinya ok???

Tapi aku xde la hebat mana pon main.

Aku dah berkecimpung dengan sukan nie lebih kurang 11 tahun tau.Dari aku xtau apa2,hinggalah aku dah boleh serve atas.Tapi aku still fail untuk spike.Nak receive bola ok la.

p/s: to coach I'am really sori.





Wednesday, March 23, 2011

tangisan kerinduan

morning...tengok tajuk entry macam jiwang kan?I miss my home,my family and especially my ma.Rindu sangat-sangat hingga nangis.Macam la xpernah balik rumah dalam jangka masa yang lama kan..Padahal lama lagi dari ni pun dah.Mungkin aku sunyi tanpa bermain bola tampar.Banyak benda nak share dengan ma.Memang la boleh call,tapi xsama.Satu lagi buat aku sedih pagi nie,pasal bola tampar.Bila terpandang sport shoes aku,satu perasaan timbul.I ALSO MISS VOLLEYBALL. Xboleh nak upload gambar..Internet dah buat  perangai.Hope ma xrisau,pagi-pagi buta aku text dia cakap rindu.

Monday, March 21, 2011

I wish

Mahu jadi macam kat bawah ni until grade:


Bukan nak pakai kaca mata.Nak jadi budak rajin ye kawan2.Nak fokus study.

p/s: Semoga doa2 saya akan dimakbulkan ALLAH.

Friday, March 18, 2011

puasa ganti


Hari ni puasa ganti..Sangat letih untuk membawa tubuh yang agak berisi ini ke mana-mana.Dalam kepala asyik count waktu berbuka je.Menu untuk berbuka nanti:

nescafe ice

 nasi goreng kampung

Semuanya sudah siap ditempah.Menunggu masa untuk diambil je.Mak cik cafe,tolong masak sedap2..Bila dah lapar,macam2 benda rasa nak makan sekarang nie.Korang semua pun mesti macam saya kan???jangan tipu..Semua benda kita nak makan sebelum waktu berbuka.Saya sangat teringin nak makan ini:

Saya cuma nak makan donut yang bergula je.Semoga hajat tercapai. Dah minta tolong kawan2 yang keluar. I really starving and hope it.

dedicated to him



I swear to you I will always be there for you.
Nothin' I won't do.
I promise you all my life I will live for you.
We will make it through.

((Forever)) we will be ((together,)) you and me.
Ooo, when I hold ya, nothin' can compare.
With all of my heart, ya know
I'll always be right there.

I believe in us, nothin' else could ever mean so much.
You're the one I trust.
Our time has come we're not two people,
[ Find more Lyrics on http://mp3lyrics.org/oW ]
Now, we are one, yeah, you're second to none.

((Forever)) we will be ((together,)) a family.
The more I get to know ya, nothin' can compare.
With all of my heart, ya know
I'll always be right there.

[Instrumental break.] 

((Forever)) we will be ((together,)) oh, just you and me.
The more I get to know ya, the more I really care.
With all of my heart, ya know 
I'll always be...

((Ya know I really love ya, yeah,
Nothin' can compare.))
For all of my life, ya know
I'll always be right there.