Saturday, April 30, 2011

bila dia datang

Assalamualaikum wbt...

Sekarang aku sangat bz dengan final.Aku still ada 4 paper lagi.Tapi dalam kesibukan aku menghadapi final, sempat la juga aku keluar berdating dengan en.Boyfie...Aku xnak update banyak pon..Tapi,last sekali aku buat double date syak.Dia dengan kawannya dan aku dgn En.boyfie.


nie lah En.boyfie yg selalu budget macho



kaki aku nampak panjang dah slim.tp kenyataan tidak..camera trick

Masa berfoya-foya dah habis.Nak fokus final lak.study sampai lebam.

Saturday, April 16, 2011

My dream end!!

Assalamualaikum wbt..

Suatu ketika dulu aku amat yakin dan terus tanamkan keyakinan tu.But then I just realized I should:



Aku rasa itu pilihan terbaik yang aku ada daripada aku:



Sometimes, apa yang kita nak,kita mahu,xsemestinya kita akan dapat.Terimalah kenyataan dan jangan bersedih lagi.No more tears or pain will come.I promise.

Friday, April 15, 2011

Today is my day

Assalamualaikum wbt...

Hari nie aku dapat test 2 Principles of Communication System.Alhamdulillah, result aku ok.Dan orang pertama yang aku cari adalah ma aku untuk inform pasal result aku.Aku taw dia pun mesti sangat gembira dengan apa yang aku dapat.Sebagai anak, aku dah jarang sharing pasal result aku dengan ma aku.Bukan aku dah xanggap ma aku sebagai kawan terbaik aku.Tapi, aku segan dengan ma sebbab result aku dah xmacam dulu.Aku xnak dia sedih bila taw result aku.

Bila result sku ok, aku akan sharing dengan ma aku.Disebabkan result PCOM, aku lebih bersemangat untuk menghadapi final nanti..Thanks a lot to her cause always pray for my success.Doa ibu adalah segalanya.So, korang jangan segan silu nak mintak mak2 korang doakan untuk korang dan buat sembahyang hajat.

Esok,sudah bermula study week untuk uni aku.This sem, study week aku 2 weeks.Tapi final aku, xbanyak pun gap.Aku janji dengan diri aku yang aku akn gunakan masa dengan sepenuhnya sepanjang study week nie.Kegembiraan parent aku adalah kegembiraan mereka jugak

I am a birthday girl

Assalamualaikum wbt...

Terima kasih banyak-banyak kat kawan yang wish face to face, via phone or via facebook.Aku hargai sangat-sangat.Sebagai tanda penghargaan aku,setiaap komen mereka aku balas, even banyak mana pun.Thanks a lot tau.Aku memang jenis sensitif ok.Maksud aku sensitif kat sini, mudah nak nangis.Time bufday aku, Syazreen datang untuk wish, belum sempat dia nak wish,mata aku dah ber-air..Aku touching kot.Aku pun nak minta maaf gak dengan dia.Dia pun mungkin ada banyak terasa dengan aku kot.Dan ini aku dapat dari Reen:



Aku juga dapat hadiah dari Dee..Dia datang bilik aku sambil nyanyi lagu birthday dalam versi korea.Sebab kami adalah peminat cerita korea.See, apa yang aku dapat dari Dee:



Sempena birthday aku jugak, seorang senior belanja aku lucnh.Thanks kak Yan.Disebabkan dia juga, aku dapat ini dari pak cik cafe.Sila tengok gambar kat bawah:


Thanks again untuk korang semua.Memang best kawan dengan korang.Love you all...

Thursday, April 14, 2011

sweet 22 to me!!

Assalamualaikum wbt..

Dalam kesibukan aku menyiapkan assingnment yang bertimbun, aku still nak update juga blog ni sempena hari ulang tahun kelahiran aku yang ke 22.Sedar x sedar, aku dah berumur 22. Aky rasa masa berlalu sangat pantas.Aku sangat gembira untuk birthday kali nie.Thanks a ot untuk mereka-mereka yang wish kat aku. So, weekend nie aku nak awardkan diri aku dengan bergembira.


 Happy bufday untuk diri aku. Aku harap, diri aku akan lebih baik dari tahun sebelum nie dan agar aku lebih matang dalam menghadapi ujian hidup di muka bumi ini.

Saturday, April 9, 2011

Try my best to make it.

Assalamualaikum wbt..

This coming Friday, aku perlu submit project multimedia technology application.Ini merupakan tugasan group, dan setiap group diberikan task yang berbeza,Group aku telah memilih untuk membuat website.Selepas aku tengok-tengok cara untuk membuat website, aku rasa senang.But, yang menjadi big problem sekarang nie,while aku install XAMPP window 32 1.7.4, ada error kat file apache 2.2. aku.Yang lain berjaya install.Akibat xberjaya install file apache 2.2, kat XAMPP control panel application aku ada problem kat apache 2.2, di mana dia xrunning even dah berpuluh kali aku start dan refresh.Sangat frust,dan aku dah cuba dari semalam.Aku xboleh nak proceed ke step seterusnya.Hanya MySql aku je yang running.Apa yang aku dapat information, untuk install benda-benda yang perlu buat website yang big problem actually.After success install, untuk buat website adalah senang.Aku try cari untuk yang xamm window 32 1.7.3.Unfortunately, hanya ada installer yang latest je.


Itulah yang berlaku after aku install.Apache aku still xrunning.Aku xtaw kenapa perlu ada error kat port 80 443.Aku xkan give dengan mudah.

Friday, April 8, 2011

Assigmnet + project

Assalamualaikum wbt..

Next week minggu yang paling sibuk bagi aku.Assignment,project dan test.Boleh buat aku tinggal nyawa-nyawa ikan bila tengok kerja yang bertimbun-timbun. Nama lagi student, ditambah dengan final exam yang semakin dekat.Lagi la banyak kerja yang perlu disettlekan.



Monday        - test 2 electric circuit I
Tuesday       - submit assignment CWorks
                     -test 2 Maintenance technology (ni xsure sangat)
Wednesday -presentation P.of Communication
Thursday    -Demo stage 4  project Micro-C
                   -submit report project Micro-C
                   -test 2 Multimedia techno.application
Friday       -submit report P.of communication (telephone system)
                  -present project website

So, next week minggu yang akan membuatkan aku xcukup tidur dan bersenang lenang di bilik.


Inilah hakikat seorang student.Buku dan pelajar xboleh dipisahkan.Aku perlu berjuang habisan-habisan this week..Tired already.hmmmm....



Thursday, April 7, 2011

Pengubat hati selepas test

Assalamualaikum wbt...

Test untuk minggu nie dah berakhir.A little bit upset sebab aku xdapt buat untuk test MICROCONTROLLER.Aku xtau la kenapa kepala otak aku xboleh terima programming.Harap-harap aku xkena repeat semester depan.Aminnnnnnn....Alhamdulillah untuk paper PRINCIPLE OF COMMUNICATION SYSTEMS.I'm looking forward for best mark.

Kat bawah ni korang mesti kenal kan, CHOI SI WON.Ala, lelaki handsome dalam super junior.Aki fall in love gila dengan dia.See, bila dia smile,boleh buat hati perempuan aku cair secairnya.Bertuahnya badan kalau dia suka aku juga.Benda mustahil yang akan berlaku.Selepas berhempas pulas dengan test, aku nk relax dengan layan cerita athenna.Dialah heronya.Athenna bukan love story, tapi aku nak tengok juga sebab mamat nie ada.



Cuba tengok dia senyum tu, rasa berdebar kan tengok.Memang super dupper handsome this guy.Kalau sesiapa layan variety show running man, ada satu episode yang SI WON datang jadi guest.Time game tu, muka dia bahagia betul bila nampak barang permainan.Dengan gaya yang selamba, lagi la terserlah kehandseman dia.Aku xtipu pun.Cuba korang tengok ni.

Kat bawah nie, gambar dia dalam cerita athenna.Mesti lagi cool kan dia.Agak-agak korang dia nak x jadi suami aku kalau aku lamar dia??Of cos la aku lamar dia dalam bahasa korea.hahahahha


Malam ni je aku nak lepak-lepak sikit.Esok aku janji nak study dan settelkan semua assingment aku.

Tuesday, April 5, 2011

Alhamdulillah, masih ada rezeki

Assalamualaikum wbt....

Lebih kurang pukul 8 lebih, warden + mak guard yang kerek, dan pak guard-pak guard naik bilik untuk checking.Mati-mati aku ingat mereka nak checking barang haram.Memang aku agak gelabah la sebab bilik ni ada rice cooker.Cepat-cepat aku sorokkan,tapi xde la selamat sangat pun.Sebab dia orang main terjah je.Dalam locker aku memang dia check betul-betul punya.Siap tempat-tempat peribadi pun di check.Dah macam nak check kebersihan locker pun ada aku tengok. Lepas tu aku baru tahu yang mereka checking barang yang hilang iaitu laptop.Patut la teliti betul dia check bilik aku sebab kehilangan tu berlaku depan bilik aku.Kiranya, bilik aku ni orang yang paling berpotensi mencuri la.

Then,aku pergi la borak-borak dengan tuan yang laptop hilang.Dan aku realize yang pagi tadi, keadaan laptop aku pelik.Aku ingat lagi, before aku tidur aku tutup laptop pun.Bila aku bangun pagi, power supply disconnect dari laptop.Cable pun sama juga. Tapi laptop aku, xde bateri.So, aku assume si pencuri xambil sebab xde bateri kot.Sebab laptop budak depan bilik aku pun sama keadaan cam laptop aku.Kecuali budak yang kehilangan laptop tu.Sebab laptop dia ada bateri.Lupa nak cakap..Handphone pun turut dikebas oleh pencuri yang xguna tue.

Pasal laptop aku tu, aku ingat kucing yang langgar pada mulanya.Dalam pukul 5 tu, aku bangun sebab bunyi kucing.Kucing hitam tu, sedang berseronok dalam locker aku.Siap nak muntah-muntah lagi.Nasib aku tido xbrapa nak mati time tu.Kalau x, habis baju-baju aku.Tapi aku bersyukur sebab laptop aku xhilang.Kepada pencuri tu, xguna ko sekolah pandai-pandai tapi buat kerja bodoh ni. Kalau dah xde duit sangat, pinjam dengan kawan-kawan la wei.Xpayah la nak curi-curi.Buatnya budak tu miskin, dia nak ambil kat mana duit nak beli laptop baru.Aku xnak doakan yang bukan-bukan untuk ko.Semoga kau pulangkan balik.tu je.

Ini bukan laptop aku.Hiasan semata-mata.Mana la aku mampu nak beli yang macam ni.Laptop yang aku pakai sekarang ni pun harap parent yang belikan.

Test oh Test

Assalamualaikum wbt...

Bila ada test, masa tidur haruslah dikorbankan kan?Itu baru student.Student yang suka buat kerja last minute.Sama la macam aku yang suka belajar last minute.Dah jadi tabiat yang xelok.Even tahu xelok still amalkan lagi.Memang teruk budak linda ni.Bila test dah dekat, dalam mimpi pun boleh masuk segala rumus yang dah dihafal before tidur tu.

Azam dan segala janji yang dibuat untuk diri sendiri, agar tidak belajar last minute hanya tinggal janji je.Macam aku ni dah pegang prinsip janji perlu dimungkiri.Petang esok aku akan test PRINCIPLE OF COMMUNICATION SYSTEM. Subjek yang perlu aku hafal rumus, ingat-ingat waveform. For your information, bukan dalam bola sepak je ada kelab Manchester, dalam subjek ni pun ada.Tapi xde la United tu. Aku still xhabes cover lagi subjek nie.



Petang lusa aku akan ada test MICROCONTROLLER. Ni subjek yang aku paling takut sebab dia melibatkan programming.Dan otak aku, memang susah nak tangkap benda-benda macam ni.Aku pun xfaham kenapa boleh jadi macam tu, boleh jadi macam nie.Kadang tu aku main hafal je programming.Bila keluar je soalan lain, mula la aku gelabah badak.OK,aku nak solat subuh and sambung study lagi,



p/s : Dengan rasa rendah diri, aku harap korang tolong doakan untuk aku juga ye.

Sunday, April 3, 2011

Male to female

Assalamualaikum wbt....

Ni aku ada tengok satu video, dari mamat nak jadi minah.Memang sebijik jadi macam minah.Aku pun dok terfikir-fikir la, macam mana doktor boleh fikir nak buat pembedahan macam tu.Almaklumla aku budak elektrik.Dunia biologi dah lama aku tinggalkan. Aku yang tengok pun rasa seram sejuk.Yang aku peliknya,mamat ni xrasa takut ke??Elok-elok dah jadi hensem, nak jd cantik lak.

Cube korang tengok video nie...euuuuuwwwwww....



Kadang-kadang, aku akui ada mak nyah yang lagi cun dari kami kaum perempuan nie.Kalau dia orang xbercakap, memang mati-mati kita ingat dia orang perempuan sejati.Bila buka je mulut, suara macam jantan habis.Macho gitu.Bila tengok nyah-nyah yang cun melecun nie. rasa nak pergi tanya je apa dia orang pakai sampai nuka licin gila.Kalah aku yang perempuan tulen nie.

Tapi aku memang xkan pergi ambil risiko la.Mahunya kena lempang dek mak nyah tu.Mak nyah xsuka perempuan tulen ok.Dia akan rasa tercabar.Satu lagi, korang jangan perli-perli mereka.Dengan serta merta dia boleh bertukar jadi jantan macho ok.




outing when blackout

Asslamaulaikum wbt..

Semalam, lebih kurang pukul 6 pm,hostel aku, iaitu UMP pekan blackout hinggalah pukul 8.30 pm still lagi blackout. Tetiba  member aku ajak keluar.Tanpa berfikir panjang aku terus setuju.Dok dalam bilik xboleh buat apa juga.Dahla panas, nyamuk pun banyak.Sempat la aku dapat gigitan cinta dari si nyamuk-nyamuk tu. Aku pakai biasa-biasa je.Shawl and inner pun main pakai je.Maklumla gelap.

Fisrt destinasi,kami keluar ke pekan.Pergi tempat orang jual-jual tu.Aku usha-usha, shawl tapi satu pun aku xbeli.Before nak balik tue, kami stop dekat kedai pak cik yang jual towel-towel.Then kita boleh sulam nama kat atas towel-towel tue.Tengah aku tengok-tengok benda tu, aku terpandang seorang mak cik ni.Aku rasa muka mak cik tu sangat familiar.Aku bedget lecturer Ump.Aku pun dok sibuk-sibik tanya kawan aku.Dia orang semua cakap xkenal.

Then ada sorang girl ni tengah beli towel tue jugak.Aku dengar dia panggil teacher kat mak cik tu.Aku dengan penuh berani dan berkeyakinan terus tanya:

aku: Nie teacher eh??
teacher: Yes,saya teacher.
aku: Sekolah mane ye??
Teacher : SMACH (SM Sains Machang).

Patut la aku macam kenal..Tapi aku xsure sangat nama dia.Macam-macam la teacher tu tanya aku.Ada satu soalan dia tanya, aku xboleh jawab:

teacher:Siapa teacher awak time form 5??
aku: Saya betul-betul lupa teacher..

Aku betul-betul lupa nama teacher yang ajar aku dulu..Nama cikgu lain aku ingat je.Teacher macam xpuas hati je..Sorry  teacher saya xsengaja.Saya bukan srudent yang baik kan?Then, adik junior nak ambil gambr aku dengan teacher.Oh, lupa nak bagitau,teacher aku bawa budak-budak untuk pertandingan english drama.

On the way nak balik ke UMP, kawan-kawan aku ajak ke Kuatan tengok wayang sebab kat hostel still blackout lagi. Kami pergi ke EC Mall dan tengok cerita Sucker Punch.Before masuk panggung, sempat la jugak posing-posing..




sangat selekeh kan?



justin dah bergambar dengan saya.Dia tarik-tarik nak aku bergambar dengan dia.

Sucker punch sangat bosan ok.Aku xnak bagi apa-apa bintang pon.Tapi pendapat orang lain0lain.Bagi aku memang xbest. Betapa aku bosan, tengok movie tu,aku smepat siapkan SUDOKU aku berbekalkan cahaya yang samar-samar.Kmai tiba kat UMP, pukul 3 pagi.

Saturday, April 2, 2011

Bertuahnya jadi orang cantik.

Assalamualaikum..

Bila tengok orang cantik, kat hati aku mesti terdetik

"bertuahnya dia..muka licin, comel lagi..cantik.."

Bukan aku xbersyukur.Tapi, kadang-kadang akan timbul perasaan macam tu.Aku hanya insan biasa.
Tapi memang betul-betul bertuah kalau orang tu cantik.Muka licin je,body pun memang cun habes.Pakai apa pun nampak sesuai je especially orang yang berkulit putih.Pakai la colour ape pun semua nampak ok sangat-sangat.

Aku bukan tergolong dalam golongan  orang yang cantik.Berkulit sawo matang, muka yang xberapa nak licin, dengan badan yang agak berisi,tinggi yang xcukup, memang agak susah untuk aku mencari baju or kasut yang sesuai.Terutama kasut,sebab kaki aku kecik je.Tetapi aku bersyukur, sebab aku masih tidak cacat.

Sebenarnya, aku baru lepas tengok blog-blog orang yang cantik.Dia orang cantik sangat.Nampak sempurna sangat di mata aku.Tapi cantik itu subjektif.Nak upload gmbar xboleh, internet sangat slow.

Friday, April 1, 2011

Impian yang xkesampaian

hello...hello...

Saya pernah bercita-cita untuk further study kat oversea dan impian tu masih ada. Impian saya tinggi melangit,tetapi usahanya habuk pon tarak. Saya hanya boleh salahkan diri sendiri saja.Kadang-kadang rasa malu dengan kawan-kawan yang study bersama time zaman hostel dulu.Mereka semuanya dapat further study ke oversea. Even ada yang xdapat pergi oversea pun, dia ambil medical. Rasa rendah diri sangat-sangat kat ARAH,WANI, and ASMA ZAKERI .


Mereka la teman study saya sewaktu saya belajar di Ahmad Maher. Result PMR kami semua dapat straight A. Then dari situ, kami semua berpisah. Masing-masing  ke sekolah baru kecuali ASMA. Tapi saya the only one yang hanya berada di UMP dan ambil course engeneering. Asma, even xpergi oversea, dia still belajar medical.Sejujurnya, saya rasa rendah diri dengan mereka. Mereka hebat ,sebab mereka rajin berusaha. Tetapi saya,semakin lama semakin malas.Kata-kata untuk berubah hanya di mulut sahaja.

Sampai satu saat, saya rasa macam putus asa. Saya terlalu leka dan berubah.Sudah tidak menjadi ulat buku lagi. Adakalanya, saya rasa berpindah sekolah merupkan kesilapan yang besar.Sepatutnya saya stay di MAHER. Saya bukan menyalahkan sekolah baru saya. Semangat untuk further study ke oversea masih berkobar-kobar. Semoga harapan dan impian saya akan tercapai.  Saya turut mendoakan kejayaan mereka.

jangan gunakan perkataan salam

Asslamualaikum wbt..

Entry ni saya copy paste dari kenalan saya yang berkaitan dengan memberi salam.Mungkin dah ramai yang baca pasal isu salam nie kan.Saya just nak sharing apa yang saya dah baca.



Assalamualaikum, Beberapa hari kebelakangan ini tersebar artikel bertajuk JANGAN GUNAKAN PERKATAAN "SALAM", yang dipanjangkan oleh orang yang berlainan. (Juga di sini)

Mengapa sampai melarang menggunakan perkataan SALAM?

Perkataan SALAM atau AS SALAM tiada salahnya, malah merupakan salah satu Asmaul Husna. Saya tidak tahu siapa penulis asal artikel ini, yang sangat mengelirukan, kerana ramai yang telah copy & paste dan menyebarkannya. Yang pasti ia bukan bersumber dari Ustaz Zawawi, hanya kata-kata beliau digunakan dalam artikel ini.

Terjemahan ayatnya pun tidak lengkap...terus saja dimaksudkan SALAM itu sebagai SELAMAT TINGGAL...lalu diajak semua orang agar JANGAN GUNAKAN PERKATAAN "SALAM". 

Penulisnya menulis: 
JANGAN GUNAKAN PERKATAAN "SALAM"

بِسْــــمِ ﷲِالرَّحْمَنِ الرَّحِيم

اَلسَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُهُ

SIAPA YANG MENGGUNAKAN PERKATAAN "SALAM"? apakah maksud disebaliknya??

Maka berpalinglah (hai Muhammad) dari mereka dan katakanlah:"Salam (selamat tinggal)".

Kelak mereka akan mengetahui (nasib mereka yangburuk). (QS. 43:89)


فَٱصۡفَحۡ عَنۡہُمۡ وَقُلۡ سَلَـٰمٌ۬‌ۚ فَسَوۡفَ يَعۡلَمُونَ

Terjemahan ayat yang lengkap seperti berikut: (Tuhan menjawab rayuannya dengan berfirman): "Jika demikian, maka janganlah engkau (wahai Muhammad) hiraukan mereka, dan katakanlah: ` Selamat tinggallah! ' Kemudian mereka akan mengetahui kelak (akibat keingkarannya)! " (Az-Zukhruf 43:89)

Salam maksudnya selamat, dalam terjemahan ayat ini, "salam" bermaksud ucapan selamat tinggal, namun ia tetap sebagai doa keselamatan bagi mereka, agar di suatu masa mereka yang engkar itu akan sedar. Ini dikategorikan oleh ulama tafsir sebagai salam al-Musalamah/al-Mutarakah; iaitu bermaksud selamat tinggal. Sementara salam bagi orang-orang mukmin disebut sebagai salam at-Tahiyyah; iaitu bermaksud mendoakan keselamatan dan keamanan. 

Mana boleh kita mengajak orang ramai agar jangan guna kalimah salam, sedangkan salam merupakan salah satu asmaul husna, dan banyak ayat-ayat yang menggunakan perkataan salam untuk mengucap takzim kepada para Nabi. Malah perkataan SALAM itu dari Allah SWT. 

سَلَـٰمٌ۬ قَوۡلاً۬ مِّن رَّبٍّ۬ رَّحِيمٍ۬

Salam sejahtera dari Tuhan Yang Maha Mengasihani. (Yaa Siin 36:58) 

Sebagai contoh, saya memetik beberapa ayat Al Quran:

وَإِذَا حُيِّيتُم بِتَحِيَّةٍ۬ فَحَيُّواْ بِأَحۡسَنَ مِنۡہَآ أَوۡ رُدُّوهَآ‌ۗ إِنَّ ٱللَّهَ كَانَ عَلَىٰ كُلِّ شَىۡءٍ حَسِيبًا 

Dan apabila kamu diberikan penghormatan dengan sesuatu ucapan hormat (seperti memberi salam), maka balaslah penghormatan itu dengan yang lebih baik daripadanya, atau balaslah dia (dengan cara yang sama). Sesungguhnya Allah sentiasa menghitung tiap-tiap sesuatu. (An-Nisaa' 4:86)

إِذۡ دَخَلُواْ عَلَيۡهِ فَقَالُواْ سَلَـٰمً۬ا قَالَ إِنَّا مِنكُمۡ وَجِلُونَ

Ketika mereka masuk mendapatkannya lalu memberi salam dengan berkata: "Selamat sejahtera kepadamu!" Ia berkata: "Sesungguhnya kami berasa takut kepada kamu". (Al-Hijr 15:52)

 سَلَـٰمٌ عَلَىٰ نُوحٍ۬ فِى ٱلۡعَـٰلَمِينَ  

"Salam sejahtera kepada Nabi Nuh dalam kalangan penduduk seluruh alam ! " (As-Saaffaat 37:79)

سَلَـٰمٌ عَلَىٰٓ إِبۡرَٲهِيمَ

"Salam sejahtera kepada Nabi Ibrahim!". (As-Saaffaat 37:109)

Penulis-penulis artikel ini menggunakan kenyataan Al Fadhil Ustaz Zawawi sebagai menguatkan hujahnya, sedangkan tiada kaitan perenggan yang pertama dengan kenyataan Ustaz Zawawi, malah menggunakan gambar Ustaz Zawawi lagi...sangat mengelirukan.

Kita sering berselawat dan memberi salam kepada Rasulullah SAW dengan ucapan, 

الصلوة والسلام عليك يا رسول الله، الصلوة والسلام عليك يا حبيب الله


Selawat dan SALAM ke atasmu wahai Rasulullah..
Selawat dan SALAM ke atasmu wahai Kekasih Allah..

Allah SWT memerintahkan kita berselawat dan mengucap SALAM kepada Rasulullah SAW, maksud firman Allah SWT,

إِنَّ ٱللَّهَ وَمَلَـٰٓٮِٕڪَتَهُ ۥ يُصَلُّونَ عَلَى ٱلنَّبِىِّۚ يَـٰٓأَيُّہَا ٱلَّذِينَ ءَامَنُواْ صَلُّواْ عَلَيۡهِ وَسَلِّمُواْ تَسۡلِيمًا

"Sesungguhnya Allah dan malaikatNya berselawat (memberi segala penghormatan dan kebaikan) kepada Nabi (Muhammad SAW); wahai orang-orang yang beriman berselawatlah kamu kepadanya serta ucapkanlah SALAM sejahtera dengan penghormatan yang sepenuhnya. (Al-Ahzaab 33:56)

“Tiga perkara yang boleh mengeratkan persahabatan dengan saudaramu iaitu memberi SALAM apabila bertemu dengannya dan menyediakan tempat duduknya dalam sesuatu majlis serta panggilah ia dengan nama yang paling disenanginya.” [Riwayat Al-Tabrani]

Adakah SALAM di sini bermaksud "SELAMAT TINGGAL"?jadi,renung-renungkanlah dan selamat beramal