Tuesday, April 5, 2011

Alhamdulillah, masih ada rezeki

Assalamualaikum wbt....

Lebih kurang pukul 8 lebih, warden + mak guard yang kerek, dan pak guard-pak guard naik bilik untuk checking.Mati-mati aku ingat mereka nak checking barang haram.Memang aku agak gelabah la sebab bilik ni ada rice cooker.Cepat-cepat aku sorokkan,tapi xde la selamat sangat pun.Sebab dia orang main terjah je.Dalam locker aku memang dia check betul-betul punya.Siap tempat-tempat peribadi pun di check.Dah macam nak check kebersihan locker pun ada aku tengok. Lepas tu aku baru tahu yang mereka checking barang yang hilang iaitu laptop.Patut la teliti betul dia check bilik aku sebab kehilangan tu berlaku depan bilik aku.Kiranya, bilik aku ni orang yang paling berpotensi mencuri la.

Then,aku pergi la borak-borak dengan tuan yang laptop hilang.Dan aku realize yang pagi tadi, keadaan laptop aku pelik.Aku ingat lagi, before aku tidur aku tutup laptop pun.Bila aku bangun pagi, power supply disconnect dari laptop.Cable pun sama juga. Tapi laptop aku, xde bateri.So, aku assume si pencuri xambil sebab xde bateri kot.Sebab laptop budak depan bilik aku pun sama keadaan cam laptop aku.Kecuali budak yang kehilangan laptop tu.Sebab laptop dia ada bateri.Lupa nak cakap..Handphone pun turut dikebas oleh pencuri yang xguna tue.

Pasal laptop aku tu, aku ingat kucing yang langgar pada mulanya.Dalam pukul 5 tu, aku bangun sebab bunyi kucing.Kucing hitam tu, sedang berseronok dalam locker aku.Siap nak muntah-muntah lagi.Nasib aku tido xbrapa nak mati time tu.Kalau x, habis baju-baju aku.Tapi aku bersyukur sebab laptop aku xhilang.Kepada pencuri tu, xguna ko sekolah pandai-pandai tapi buat kerja bodoh ni. Kalau dah xde duit sangat, pinjam dengan kawan-kawan la wei.Xpayah la nak curi-curi.Buatnya budak tu miskin, dia nak ambil kat mana duit nak beli laptop baru.Aku xnak doakan yang bukan-bukan untuk ko.Semoga kau pulangkan balik.tu je.

Ini bukan laptop aku.Hiasan semata-mata.Mana la aku mampu nak beli yang macam ni.Laptop yang aku pakai sekarang ni pun harap parent yang belikan.

No comments:

Post a Comment