Tuesday, May 24, 2011

Akibat praktikal di kilang.

Assalamualaikum wbt...

Hari ni genap 9 hari aku berLI dan aku xpernah lagi datang lewat.Berdisiplin kan aku.Tapi, aku ni hanya insan biasa jugak.Sempat la jugak mengulor time nak pergi solat tu.Lepak-lepak sikit dalam surau.Termenung sana,termenung sini.taw.Dalam entry sebelom nie, aku ade bagi taw yang kat sini most ofmem workers here males.Bak kata P.Ramlee, kadang2,jarang je nak nampak perempuan dan aku adalah perempuan practical pertama yang masuk department electric.Bangga lak rasa.

Dan dua benda nie aku perasan sejak practical kat sini:
 1)Aku terpaksa jalan laju-laju untuk menyaingi langkah-langkah mereka semua.xkira lah time aku kena pergi plant ke, nak g makan ke.Aku dah xboleh nak jalan irama melayu asli.Sudah hilang keayuan aku selama ini.
2)Time makan,aku terpaksa makan cepat2.Sebab dia orang makan sangat laju.Untuk mengekalkan adat budaya melayu yang makan dengan sopan santun,aku tapau la makanan, makan kat office.

Aku nk tunjuk-tunjuk sikit benda-benda yang aku tengok-tengok hari nie.Tue, adalah RCCB.Selepas dihentam oleh seorang senior,aku amek inisiatif untuk belajar betul2.Dia cakap,
INILAH MELAYU,MENUNGGU DIBAGI KERJA,BUKAN NAK BUAT SENDIRI,APA YANG PERLU BELAJAR.XFAHAM DATANG TANYA.ITU CARA YANG BETUL UNTUK MENDAPAT ILMU.
Aku jugak ada ergi tolong dia orang buat wiring untuk sensor.Aku usha-usha cara sambungan,cuba faham dan aku gembira sebab faham.Aku harap, aku akan terus tabah berada di sini.

No comments:

Post a Comment