Monday, May 16, 2011

First Day di Bredero Shaw

Assalamualaikum wbt..

Hari ni first day aku lapor diri untuk Industrial Training.Padanya mulanya, memang agak cuak cause ramai sangat pekerja-pekerja lelaki.Jarang-jarang je ada perempuan.Aku di tempatkan di Electrical Department.Hanya aku satu-satunya perempuan di department dan manager aku adalah mat saleh.Bukan nama dia mat saleh, tapi memang pure mat saleh.Nama dia Tony Munilla.Tak muda dan xtua sangat.Lau nak minta dia tarik kabel yang besar tu, dia mampu lagi kot.En.Tony tu, aku gak dia seorang yang baik.

Aku dibawa melawat ke plant-plant.Seriuosly, sangat panas even cuaca kat sini mendung je.Sebelum tue, aku diberi jaket, safety helmet, speck keselamatan.Untuk safety boot xde size aku.Jacket yng aku dapat pun memang agak besar la.Selepas berjalan ke sana ke mari berjam-jam lamanya,sampai kaki aku dah nak tercabut, barulah habis melawat kilang nie.Memang besar la kilang nie.

Sebenanrnya, aku akan terlibat dengan design-design plant untuk electrical.Maknanya, aku kena guna kepakaran aku sebagai enginner yang x diiktiraf, untuk mengeluarkan idea-ideaa yang bernas la kononnya.Padahal satu apa pun aku xtaw.Maklum la ilmu banyak dalam folder, bukan dalam dada.Time dia explain tadi pun, aku banyak terangguk-angguk.Dan jawapan yang selalu aku jawab, dah lupa.Esok, aku akan start join project dengan dia orang.

Dengan En.Tony aku terpaksa speaking.Nasib la En.Tony faham BI aku, even tunggang langgang.Dia sangat cool.Sebab dia assume aku datnag sini untuk belajar,bukan untuk berkongsi ilmu.Pada anggapan aku la.Aku buat practical 12 jam sehari, sebab senang transport.First day ni, aku dibenarkan lepak-lepak dulu.Aku dapat online nie pun, sebab ada encik yang baik hati bagi aku pinjam laptop dia.Esok dah xboleeh relax dah.Mereka cakap akan ada banyak kerja nanti.Tapi, xboleh nak on9 facebook.Sebab Bredero Shaw block FB kat sini.

Aku harap, aku akan baik-baik sahaja di sini.Mudah-mudahan aku dapat A.Selain tue, aku harap dapat menambahkan lagi skill communication aku in English nie.Lupa nak cakap.Aku kerja kat office je.Bila kena install new plant baru aku akan turun ke site.Time tue, kalau En.Tony xkesian kat aku, memang aku akan kena tarik cable yang tebal tue.

No comments:

Post a Comment