Monday, May 30, 2011

Assalamualaikum wbt....

Hari nie, aku dah mengadap En.Hasmadi.Dia bukan supervisor aku.Tetapi dia macam bertanggiungjawab untuk tahu perkembangan aku kat sini.Mungkin dia banyak pengalaman kat sini dan dia adalah supervisor bahagian electrical.Siyesly, aku takut dengan dia sebab dia memang xpernah senyum pun.Dengan body ala-ala Afdhlin Shauki + muka ketat, lagi buat aku cuak hinggakan aku termimpi-mimpi pasal dia semalam.

Nasib  baik hari ini, aku xde kena hentam macam minggu lepas.Even ilmu aku, masih xpenuh di dada, dapat la juga aku menjawab soalannya.Dia cuma bagi aku 1/10 je dari jwapan-jawapan yang aku bagi.Kadang-kadang tue, aku jawab je dengan confident even aku xde idea nak jawab soalan-soalan dia.Lagipun, dia nak tengok communication skill aku macam mana.Saat-saat yang ngeri dah berlalu bagi aku.Next week aku kena jumpa dia lagi.Dia sangat cool tadi.I like...Dia pun dah boleh gelak-gelak time aku jawab soalan dia.

Hari nie, seperti biasa, aku kena siapkan project yang dia orang bagi.Sebelum nie, aku main buat je bila lecterur bagi schematic diagram.Kat sini aku dah ringan mulut nak tanya-tanya.Tapi, satu benda aku xboleh terima bila PLC adalah sama macam relay.Aku rasa confuse sesangat.Before this, aku cuma taw PLC adalah buat program.Betapa xamek pedulinya aku time study.Kadang-kadang, rasa malu dekat pekerja-pekerja kat sini.Dia orang lagi banyak ilmu dari aku kot.

Ada seorang mamat ni cakap kat aku "ko bakal golongan profesional, sepatutnya ko taw lagi banyak benda dari aku.Aku sekolah xde la tinggi macam ko".Time tue, aku memang rasa sangat kelu untuk berkata-kata.I'm speechless.Betul cakap En.Nik (lecterur micro-c), budak-budak sekarang ilmu penuh di folder bukan di dada.So, aku masti work more-more hard kat sini.Nanti, xde la aku malu.Niat aku sebelum ni untuk enjoy datang pactical perlu aku betulkan.Untuk kawan-kawan aku yang tengah Practical, moh la kita betulkan niat ye.

Friday, May 27, 2011

Playing back volleyball for MASUM

Assalamualaikum wbt...

Sebelum nie, aku dah decide xnak main vollley ball untill lepas study.
But, janji tinggal janji.Today, I'm officially be a volleyball player again.
Tahun nie, gane volleyball kat UPM Serdang.Dekat je.
Aku xkan asuk latihan pusat seperti sebelum nie.Cukup la aku join training malam je.
Tapi aku xkan pergi selalu la.Balok ke Gambang sangat jauh bagi aku.
Dalam aku bersetuju main balik, aku still rasa bersalah kat dia.
A lot of sorry to him.

Tuesday, May 24, 2011

Akibat praktikal di kilang.

Assalamualaikum wbt...

Hari ni genap 9 hari aku berLI dan aku xpernah lagi datang lewat.Berdisiplin kan aku.Tapi, aku ni hanya insan biasa jugak.Sempat la jugak mengulor time nak pergi solat tu.Lepak-lepak sikit dalam surau.Termenung sana,termenung sini.taw.Dalam entry sebelom nie, aku ade bagi taw yang kat sini most ofmem workers here males.Bak kata P.Ramlee, kadang2,jarang je nak nampak perempuan dan aku adalah perempuan practical pertama yang masuk department electric.Bangga lak rasa.

Dan dua benda nie aku perasan sejak practical kat sini:
 1)Aku terpaksa jalan laju-laju untuk menyaingi langkah-langkah mereka semua.xkira lah time aku kena pergi plant ke, nak g makan ke.Aku dah xboleh nak jalan irama melayu asli.Sudah hilang keayuan aku selama ini.
2)Time makan,aku terpaksa makan cepat2.Sebab dia orang makan sangat laju.Untuk mengekalkan adat budaya melayu yang makan dengan sopan santun,aku tapau la makanan, makan kat office.

Aku nk tunjuk-tunjuk sikit benda-benda yang aku tengok-tengok hari nie.Tue, adalah RCCB.Selepas dihentam oleh seorang senior,aku amek inisiatif untuk belajar betul2.Dia cakap,
INILAH MELAYU,MENUNGGU DIBAGI KERJA,BUKAN NAK BUAT SENDIRI,APA YANG PERLU BELAJAR.XFAHAM DATANG TANYA.ITU CARA YANG BETUL UNTUK MENDAPAT ILMU.
Aku jugak ada ergi tolong dia orang buat wiring untuk sensor.Aku usha-usha cara sambungan,cuba faham dan aku gembira sebab faham.Aku harap, aku akan terus tabah berada di sini.

Monday, May 16, 2011

First Day di Bredero Shaw

Assalamualaikum wbt..

Hari ni first day aku lapor diri untuk Industrial Training.Padanya mulanya, memang agak cuak cause ramai sangat pekerja-pekerja lelaki.Jarang-jarang je ada perempuan.Aku di tempatkan di Electrical Department.Hanya aku satu-satunya perempuan di department dan manager aku adalah mat saleh.Bukan nama dia mat saleh, tapi memang pure mat saleh.Nama dia Tony Munilla.Tak muda dan xtua sangat.Lau nak minta dia tarik kabel yang besar tu, dia mampu lagi kot.En.Tony tu, aku gak dia seorang yang baik.

Aku dibawa melawat ke plant-plant.Seriuosly, sangat panas even cuaca kat sini mendung je.Sebelum tue, aku diberi jaket, safety helmet, speck keselamatan.Untuk safety boot xde size aku.Jacket yng aku dapat pun memang agak besar la.Selepas berjalan ke sana ke mari berjam-jam lamanya,sampai kaki aku dah nak tercabut, barulah habis melawat kilang nie.Memang besar la kilang nie.

Sebenanrnya, aku akan terlibat dengan design-design plant untuk electrical.Maknanya, aku kena guna kepakaran aku sebagai enginner yang x diiktiraf, untuk mengeluarkan idea-ideaa yang bernas la kononnya.Padahal satu apa pun aku xtaw.Maklum la ilmu banyak dalam folder, bukan dalam dada.Time dia explain tadi pun, aku banyak terangguk-angguk.Dan jawapan yang selalu aku jawab, dah lupa.Esok, aku akan start join project dengan dia orang.

Dengan En.Tony aku terpaksa speaking.Nasib la En.Tony faham BI aku, even tunggang langgang.Dia sangat cool.Sebab dia assume aku datnag sini untuk belajar,bukan untuk berkongsi ilmu.Pada anggapan aku la.Aku buat practical 12 jam sehari, sebab senang transport.First day ni, aku dibenarkan lepak-lepak dulu.Aku dapat online nie pun, sebab ada encik yang baik hati bagi aku pinjam laptop dia.Esok dah xboleeh relax dah.Mereka cakap akan ada banyak kerja nanti.Tapi, xboleh nak on9 facebook.Sebab Bredero Shaw block FB kat sini.

Aku harap, aku akan baik-baik sahaja di sini.Mudah-mudahan aku dapat A.Selain tue, aku harap dapat menambahkan lagi skill communication aku in English nie.Lupa nak cakap.Aku kerja kat office je.Bila kena install new plant baru aku akan turun ke site.Time tue, kalau En.Tony xkesian kat aku, memang aku akan kena tarik cable yang tebal tue.

Thursday, May 5, 2011

Multimedia Technology & Applications

Assalamualaikum wbt...

Tajuk kat atas adalah, paper last aku untuk semester 6 nie.Tapi, satu apa pun yang aku study, langsung xmasuk kat kepala otak aku nie.Aku pun xfaham kenapa aku perlu ambik subjek nie.Kalau ikut logik, aku kan student electric dan subjek multimedia lebih kepada subjek untuk budak yang ambik sains computer,Xfaham aku.Dah la aku nie jenis xminat benda-benda macam nie.Banyak fakta dan benda-benda baru yang perlu aku faham dan hafal.

Seriously aku langsung xminat.Xtau la macam mana aku nak hadapi hari esok dengan dalam kepala aku, apa pun xde.Aku sangat stress dengan subjek nie.Hati aku still xboleh terima kenapa aku perlu belajar subjek nie.Buat pengetahuan semua, batch aku adalah batch pertama yang kena ambik final exam untuk subjek nie.Soalan-soalan past of course la xde untuk dibuat guide.Macam mana bentuk rupa soalan pun aku xdapat imagine.Project dah buat,sepatutnya xde la final.

Aku dok membebel kat sini pun,kenyataan tetap kenyataan. Aku still kena ambil exam nie untuk petang esok.Bukan dekan or pihak universiti baca pun bebelan aku kat sini.Tapi aku still nak cakap aku xpuas hati dengan subjek nie.Aku harap lecturer aku baik hati.Semoga dia bagi markah yang tinggi kat aku dengan kawan-kawan.Dah puas membebel..Aku nak sambung study lak.Even bukan sepenuh dan seikhlas hati pun.


Monday, May 2, 2011

microprocessor & Electric circuit I

Assalamualaikum wbt,....

Dalam bz nak final, tangan aku still gatal nak menaip kat blog nie.Untuk release tension la konon.Esok aku akan hadapi 2 paper pada hari dan waktu yang sama.Disebabkan jadual exam aku clash, aku akn dikuarantinkan selepas exam Micro-C.Aku poun xtaw macam mana bentuk kuarantin tu.Ini pengalaman pertama aku.Aku paling cuak nak exam Micro-C sebab aku fail dalam bab-bab buat program.Dah namanya student, nak xnak aku kena belajar sampai faham dan sampai boleh jawab.Aku mendoakan esok adalah my lucky day.Aku juga harapkan,ingatan aku xbuat hal esok.Jangan tetiba aku lupa apa yang aku study.Encik2 dan puan syaitan, sila jangan ganggu aku esok dan semoga aku dalam keberkatan-NYA..

Aku juga doakan yang terbaik untuk kawan-kawan aku.Semoga kita semua akan lulus.Subject Micro-C, bila fail semester ni, confirm akan kena extend.Aku harap semua tu xkan terjadi kepada aku dan kawan-kawan aku.Good luck untuk semua ye.